Saturday, February 13, 2010

Jodoh...oh Jodoh...

DUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling. Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan. Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’ “Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya. “Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.
Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi/Berita Harian

3 comments:

McTheory said...

Bro. .

Kalau Mc pun Mc lari. . kah kah kah. . takut siot. .

patuk mematuk said...

kesian..

PAS PAYA BESAR said...

Salam, Pertanyaan anda itu tepat dan padat, tapi ana tahu pertanyaan itu ada udang disebalik mee, namun pertanyaan itu mudah saja, oleh kerana Malaysia tidak menjalankan Hukum Allah maka apa saja boleh diturunkan bala oleh Allah, sebenarnya apa yang berlaku adalah satu malapetaka yang amat dasyat dan lebih dasyat lagi daripada gunung berapi yang meletup dan ianya hanya menyebabkan kerosakan yang sedikit dan kematian yang tidak seberapa, namun malapetaka yang menimpa Malaysia kerana tidak beriman dengan hukum Allah, maka Allah turunkan bala dimana ramai diantara anak muda dan masyarakat melayu yang ROSAK AKIDAH dan terjadinya mala petaka sepertimana yang berlaku sekarang, anak luar nikah, berzina, sosial yang melaupau batas , tidak menutup aurat dan sebagainya dimana malaysia hanya mengenakan hukuman denda yang boleh dibayar dan tidak digeruni oleh masyrakat. Nanti akan disoal oleh Allah kenapa tidak beriman dengan Hukum HakamNya dan sesiapa yang menyatakan hukuman yang dijalankan dan dicipta oleh manusia lebih baik dari hukum Allah maka dia sudah terkeluar dari Agama Islam. Wassalam.