Tuesday, February 23, 2010

Bella Lombok?what de F**k!!!!!


Mendidih!geram!itu lah perasaan aku bila menonton tv1 berita mengenai seorang gadis bawah umur 15 tahun yang melarikan diri bersama teman lelaki nya yg kini suami nya yang sah mengikut undang2 lombok selamat tiba di tanah air dgn bantuan hero-hero UMNO.(xnafikan secara islam ianya sah)..Apa yang aku geram kan dgn selambanya si bella ini merayu pada kerajaan malaysia,kedutaan dan keluarganya sendiri agar memberi keizinan agar suaminya dpt datang ke malaysia dgn tanpa di ambil apa-apa tindakan...wah bagi betis nak peha pulak ye ko bella!dah xde benda lain ke ko nak minta!...apa yang buat aku bertambah panas dgn minah hingus yang pernah terbabit dgn dunia hiburan tanahair ini..klik sini untuk cerita lanjut..

dgn selambanya semasa di temuramah bersama ayahnya di sisi, seolah-olah mempertahankan suaminya tanpa memikirkan perasaan ayahnya dan keluarga yang pada masa turut di temuramah meluahkan betapa hancurnya hati seorang ayah yang membesarkan si bella ini,menghantar bella ke asrama dan sekolah agama (xsampai sebulan larikan diri).ayahnya yang jelas pada riak wajahnya begitu kesal atas kejadian yang menimpa meminta agar ibu bapa di luar sana agar lebih memantau setiap tindak tanduk anak2 mereka...BELLA oh BELLA!mungkinkah ko di guna-guna oleh teman lelaki mu sehingga sanggup melarikan diri ke lombok semata-mata demi kekasih mu yang terang dan jelas telah melanggar undang-undang negara ni? atau bagi dirimu bella cinta itu sememangnya buta tuli?atau mungkin hati nurani mu sebagai remaja yang terikut-ikut darah muda mu tanpa sekelumit sangsi pun akan pengorbanan orang tua mu dlm membesarkan mu selama ini tidak mu sedari?!sedih aku tgk ayahnya td menangis teresak-esak akan apa yang terjadi sambil memeluk erat anak kecil yang di kasihinya.yelah ayah mana yang tidak menyayangi darah daging sendiri walaupun sebusuk2 tahi terpalit ataupun di cium.,moralnya aku mengingatkan diri aku sendiri dan kalian-kalian agar lebih memahami lelaki lombok.x gitu dong?eh silap moralnya aku nak ingatkan pada sesiapa pun terutamanya anak-anak gadis kita agar mengikut pertimbangan yang waras dan berfikir dalam-dalam setiap apa tindakan yang akan di ambil.sentiasa peka akan situasi tidak kita duga dan paling penting kita kan anak malaysia,apa tiada lagi kah lelaki malaysia yang bagus-bagus ya?x gitu bella LOMBOK?!

No comments: